> “Anniversary tempat lain la!”- Netizen bengang Nabil guna pentas GV9 tujuan peribadi?
Loading...

“Anniversary tempat lain la!”- Netizen bengang Nabil guna pentas GV9 tujuan peribadi?

Loading...


“Anniversary tempat lain la!”- Netizen bengang Nabil guna pentas GV9 tujuan peribadi?

Tidak dapat dinafikan, ramai yang tersentuh hati dan sebak apabila melihat kejutan hos Gegar Vaganza, Nabil Ahmad untuk isterinya yang tercinta, Nazirah Ayup ketika secara langsung program berkenaan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Pun begitu, ada juga netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati tindakan Nabil yang mendakwa dia menggunakan pentas tersebut untuk tujuan peribadinya.

Menerusi perkongsian di Instagram astrogempak, portal tersebut telah memuat naik sebuah hantaran Nabil bersama isterinya berhampiran sebuah kek tiga tingkat.

Sambut anniversary tempat lain la!

Bagaimanapun, ada segelintir individu yang kurang senang dengan tindakan pengacara tersebut yang menganggap dia perlu menyambut sambutan ulang tahun itu di tempat lain memandangkan ia merupakan hal peribadinya.

Bahagia selalu Nabil bersama isteri!

Namun begitu, disebalik kecaman dan kritikan daripada beberapa individu tersebut, ada juga netizen yang mendoakan agar rumah tangga pengacara yang berusia 39 tahun itu kekal hingga ke jannah dan bahagia selalu bersama keluarga.

Sumber: Instagram astrogempak

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...