> Seret Kaki, Pegang Seluar..Tetap Semangat Ke Sekolah Walau Serba Daif
Loading...

Seret Kaki, Pegang Seluar..Tetap Semangat Ke Sekolah Walau Serba Daif

Loading...


Kisah Kasut Dan Seluar Murid Buat Ustaz Ini Sebak..

Sejak pembukaan semula sekolah baru-baru ini banyak kisah tentang pelajar-pelajar yang kita dengari. Daripada cerita yang menyedihkan hinggalah ke ragam-ragam murid tahun 1 yang kelakar.

Antara kisah yang menjadi perhatian warganet adalah kisah anak-anak kurang bernasib baik. Kisah tentang seorang murid lelaki tahun 3 di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah ini dikongsikan oleh guru di situ bernama Mohd Nasir Mohd Zain.

Seret Kaki, Pegang Seluar

Tetap bersemangat hadir ke sekolah walau terpaksa berjalan dalam keadaan menyeret kasut sekolah sambil sebelah tangannya lagi memegang seluar sekolah longgar yang sudah lusuh.

seluar

 

Pada mulanya berasa pelik, setelah mengetahui keadaan sebenar guru tersebut menjadi begitu sebak.

“Saya tengok dari jauh, dia jalan tak angkat kaki dan tangan dia pegang seluar. Saya pun panggil dan pergi dekat dia.

“Saya tanya kenapa jalan macam ni. Dia kata saya tak boleh angkat kaki sebab kasut besar, ustaz. Saya cuba angkat Masya Allah, saya sebak.

seluar

Saiz Kasut Terlalu Besar, Seluar Lusuh Terlalu Besar, Waris Dari Abang

Menurutnya lagi, saiz kasut murid itu terlalu besar hingga masih mampu memuatkan 3 lagi jari. Bukan hanya itu, seluarnya juga sudah lusuh dan terlalu besar hingga perlu menyangkutkan cangkuk ke bahagian tali tempat letak tali pinggang.

Rupa-rupanya, seluar tersebut bekas seluar abangnya darjah 6 tahun sebelumnya. Mohd Nasir yang turut mengenali abang murid itu sebelumnya pernah membantu memberi sedikit wang saku kepada abangnya susulan keadaan keluarga yang begitu susah.

seluar

Tidak berlengah dan berfikir panjang, Mohd Nasir terus meminta izin daripada guru besar sekolah untuk membawa murid yang mempunyai 4 adik-beradik untuk membeli baju serta kasut sekolah baharu.

Guru tersebut terpanggil untuk membantu kerana tidak mahu murid itu tidak hadir ke sekolah dek kedaifan hidup. Malahan berniat untuk menjadikan murid itu sebagai anak angkatnya membantu sedaya upaya demi pendidikan murid itu.

seluar

Guru Sebak, Mahu Semangat Murid Jadi Inspirasi

Berkongsi kisah tersebut di media sosial bukan untuk riak, namun Guru Pendidikan Islam ini  mahu semangat kental murid itu menjadi inspirasi kepada orang lain.

Menurutnya, sudah 20 tahun beliau menjadi guru dan menemui ramai murid yang susah dan miskin namun kes murid ini istimewa baginya kerana azam kuat dan tinggi untuk ke sekolah tanpa malu biarpun dalam keadaan serba daif.

Sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam keadaan serba daif.

Jiwanya sedikit terubat melihat senyuman murid itu mendapat kelengkapan sekolah serba baru.

seluar

Walaupun kisah ini berlaku pada tahun 2019, pastinya di tahun 2022 ini masih ada murid yang kurang bernasib baik seperti ini. Sebagai rakyat yang prihatin, jika ada anak-anak jiran atau kanak-kanak yang kelihatan serba daif, bantulah semampu kita.

Semoga kegembiraan menambah semangat mereka menuntut ilmu!

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...