“Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki – Rita Rudaini
Kuala Lumpur: Pelakon, Rita Rudaini menerusi Instagram berkongsi kekuatan kepada golongan ibu tunggal yang senasib dengannya supaya terus kuat dan melihat apa yang berlaku dari sudut positif. Dalam hantarannya itu, Rita mengajak golongan ibu tunggal supaya menikmati apa yang Allah SWT berikan itu.
“Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. Allah tahu kita kuat. Allah takkan uji di luar kemampuan kita. Kenapa Allah tarik suami dari hidup kita? Sebab Allah sayang kita dan tak nak kita bersedih.
“Setiap apa yang Dia bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang Dia beri kepada kita. Reda dan bersyukur kerana itulah hadiah dari Dia. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah Allah,” tulisnya.
Tambahnya, tidak semua orang diberi nikmat kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Kenapa saya masih sendiri hingga sekarang? Kerana saya tengah menikmati hadiah daripada-Nya. Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang Allah beri kepada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa,” tulisnya.
Dalam hantaran itu juga, pelakon filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior itu juga mengajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak bersedih dan bangkit bagi meneruskan kehidupan.
“Jadi, kepada ibu tunggal yang menghantar mesej kepada saya minta berkongsi kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar bahawa ia adalah satu hadiah yang tidak ternilai, yang anda memang tak nampak apa yang ada di depan, tapi Dia lebih tahu apa yang Dia beri kepada kita.
“Percaya kepada perancangan Allah,” tulisnya.
Menutup hantarannya itu, Rita berpesan kepada wanita yang bersuami supaya sentiasa beringat bahawa suami dan anak-anak itu hanya pinjaman di dunia.
“Yang ada suami, tak payah ‘galak’ nak jadi ibu tunggal pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi, kena ingat. Suami dan anak-anak itu hanya pinjaman saja.
Tak payah s0mbong sangat, ‘Aku berlaki, kau ada?’, ‘Laki aku sayang aku’,” tulisnya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/