Siapa sangka Ramadan yang sepatutnya disambut dengan penuh gembira dan rasa syukur oleh seluruh umat Islam di serata dunia bertukar menjadi tragedi maIang buat seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Yusfairuz.
Perk0ngsian yang dimuat naik menerusi aplikasi berkenaan mendapat pelbagai respon dari warganet yang rata-ratanya bersimpati terhadap kejadian yang menimpa beliau.
Menurut ibu kepada lima orang anak ini, kejadian berlaku pada hari pertama berpuasa apabila beliau mengej0tkan suaminya untuk berbuka.
Namun siapa sangka, tindakan si suami amat mengej0tkan apabila bertindak mencekik dan mengacukan objek tajam di lehernya.
“Kejadian berlaku semasa hari pertama berpuasa. Saya kej0tkan dia sebab dah nak berbuka tetapi, dia tiba-tiba marah dan sepahkan barang dekat rumah.
“Paling saya terkej0t apabila dia cekik saya dan acukan benda tajam dekat leher saya. Dia tak pernah buat macam ni,” katanya.
Bagaimanapun, susulan kejadian berikut, Yusfairuz memaklumkan dia telah pun membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku.
Video berdurasi 13 saat yang dimuat naik sejak beberapa hari lalu, kini telah pun ditonton lebih dari 3 juta tontonan.
Menerusi hantaran terkininya, beliau dilihat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap keselamatannya dan anak-anak.
Bahkan, memoh0n agar pihak di luar sana mendoakan agar dirinya diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan.
Sumber & video dipetik dari Xtra, TikTok / mytvviral