Keluarga Pengantin Perempuan Terkejut Apabila Pengantin Lelaki Bawa 3 Ribu Orang Rombongan Bertandang Ke Majlis Kahwin
Perkahwinan pastinya merupakan momen yang indah. Ini kerana ia adalah detik yang menyatukan dua insan. Perkahwinan juga merupakan titik tolak kepada pasangan pengantin untuk memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri.
Pada saat yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang, sudah tentu semua persiapan telah dibuat dengan baik. Perkahwinan ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran tetamu jemputan. Biasanya tetamu jemputan adalah kawan kepada pasangan pengantin atau rakan sekerja ibu bapa mereka.
Kebiasaannya hanya kenalan rapat, saudara mara dan jiran terdekat sahaja hadir namun berbeza dengan kisah di bawah tatkala sekampung pula dibawa bersama. Dapat info tetamu 3000 orang, ingat bergurau rupanya betul…rasa macam tengok acara jalan santai.
LIHAT VIDEO
Dalam sebuah video tular di laman TlkTok, seorang lelaki terkesima tatkala kedatangan rombongan tetamu sebuah perkahwinan berjumlah 3,000 orang. Pada awalnya, Wirakha hanya menyangka ianya adalah gurauan.
Dia juga sempat bergurau bahawa jumlah individu yang hadir adalah tertinggi sepanjang pengalaman menjadi juru gambar majlis pernikahan. Jadi, memang tradisi di sini…keluarga dan jiran sekampung akan ikut sekali pengantin lelaki bawa hantaran.
Jelasnya lagi, sudah menjadi adat di daerah berkenaan apabila jiran tetangga dan saudara mara turut serta membawa dulang hantaran. Selain itu, para tetamu dikatakan hanya berjalan kaki disebabkan oleh kedua belah pengantin berasal dari kampung yang sama. Wirakha juga sempat berkata bahawa stok makanan mencukupi buat semua orang.
Hantaran dia mahal ni…sebab to pihak lelaki bawa ramai tetamu, biar semua merasa duit hantaran dia
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan kehadiran rombongan pengantin yang sangat meriah itu. Malahan, ada yang sempat berseloroh tentang nasib pihak katering yang terpaksa mencuci banyak pinggan selain kos tinggi terpaksa dibelanjakan demi majlis tersebut.
Sumber : tiktok VIA KOTAKMEDIA