> Enjin kereta masih hidup, pemuda terjvn Jambatan Pulau Pinang
Loading...

Enjin kereta masih hidup, pemuda terjvn Jambatan Pulau Pinang

Loading...

 


Menurut laporan Astro Awani, kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan bahawa pasukan mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan sekitar jam 11.42 pagi.

Seorang lelaki meninggalkan kereta dan barangan peribadi miliknya sebelum dipercayai terjvn dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 4.0 arah Perai ke Georgetown, hari ini.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati pemuda itu meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dalam keadaan enjin masih hidup di atas jambatan.

“Pemeriksaan di dalam kereta mangsa telah menemui dokumen pengenalan diri mangsa bersama geran kereta selain perkakasan rumah seperti kipas angin dan beberapa telefon bimbit,” katanya.

Difahamkan, usaha mencari mangsa yang berusia 28 tahun itu dijalankan oleh pasukan penyelamat bermula dari atas jambatan.

Kejadian tersebut mengundang keprihatinan natizen yang rata-rata bersimpati terhadap mangsa menerusi ruangan komen posting di Facebook Astro Awani.

Tak kisah agama atau bangsa, memang sedih…

 

Sumber: Oh my media

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...