> Isu Bella.Siapa Ibu dan bapanya, Apa sejarah hidupnya, Ini Jawapan Cikgu.
Loading...

Isu Bella.Siapa Ibu dan bapanya, Apa sejarah hidupnya, Ini Jawapan Cikgu.

Loading...


Isu Bella.Siapa Ibu dan bapanya, Apa sejarah hidupnya, Ini Jawapan Cikgu.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dipercayai didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Berita menyayat hati ini membuatkan ramai masyarakat sedih dan juga marah terhadap pelaku yang mendera adik Bella. Namun ada juga yang tertanya-tanya siapa adik Bella sebenarnya? Siapa mak ayahnya? Apa sejarah hidupnya?

Baru-baru ini juga, rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Zurianty Sudin memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Bella ada menceritakan bahawa dia dicil!, dijirvs dengan air pan4s serta diik4t.

Ramai orang tahu kisah sedih,dan merobek hati tentang adik Bella. Kisah adik Bella yang luk4 tervk seluruh tubuh badan kerana disyaki did3ra.

Adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 14 tahun. Adik Bella ditemui sekitar 8 tahun lalu mundar mandir seorang diri di Kuala Lumpur.

Tanpa penjaga, tanpa sesiapa. Seorang diri berjalan di setiap lorong tanpa hala tuju. Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut adik Bella.

Bila kes ini dilaporkan kepada JKM, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan adik Bella di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah (Rumah under JKM) sampai dia umur 12 tahun.

Adik Bella kemudian di bawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di sambung perintah penjagaan di sana sebab dia gembira dan bahagia tinggal di sana.

Ada penjaga yang dia panggil Abah dan Mak. Memang Abah dan Mak serta staff di sana sangat mengasihi Adik Bella ini.

Tapi semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.

Bila lihat adik Bella, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada dia untuk jaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia suka kanak-kanak Down Syndrome ini.

Sejak hari itu, adik Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.

Penghuni Rumah Bonda sempat kenal dan bermesra dengan adik Bella yang menetap di sana lebih kurang 4 bulan.

Selepas itu adik Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Maka sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang adik Bella ini.

Sekitar bulan Februari atau Mac baru-baru ini, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa dengan adik Bella di kondo. Masa ni adik Bella belum ada kesan cedera secara fizikal.

Namun adik Bella ada memaklumkan dia tak nak duduk dengan Bonda (Siti Bainun). Adik Bella banyak berkurung dalam bilik dan tak gembira seperti dia duduk di Rumah Bonda.

Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan cakap kat dia agar pulangkan adik Bella kepada JKM memandangkan adik Bella tak happy tinggal di sana.

Siti Bainun menolak dan minta sukarelawan tersebut jangan masuk campur urusan adik Bella. Diam je lah sukarelawan ini memandangkan dia hanya sukarelawan dan Siti Bainun pengasas.

Pada 23 Jun 2021, semua penghuni Rumah Bonda termasuk anak-anak yang menetap di kondo dikuarantin kerana covid. Masa inilah semuanya terdedah.

Luka adik Bella tidak dapat disorok dari pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda.

Adik Bella dikatakan kena simb4h air p4nas, dipij4k lutut, dipaksa mak4n n4jis dan mvnt4h, dibog3lk4n, diik4t dan pelbagai jenis seks44n yang tak terbayang mata.

Di sinilah bermulanya kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar. Namun masa tu, ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja, tidak secara meluas sehinggalah Puan Mona Din mevir4lkan isu ini.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...