> Dahinya Berpeluh,Bau Wangian Kasturi Keluar Selepas Jen4zah Dimandikan Dan Dikaf4nkan
Loading...

Dahinya Berpeluh,Bau Wangian Kasturi Keluar Selepas Jen4zah Dimandikan Dan Dikaf4nkan

Loading...


“Saya lebih suka bekerja dengan masyarakat kerana sekurang-kurangnya dapat membuang eg0 dan s0mbong,” kata Mohammad Hazuan Hizamil Mohd Sukur, 30.

Graduan Diploma Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Perak itu memilih untuk terbabit dalam pengurusan jen4zah sejak enam tahun lalu.

Pada awalnya Mohammad Hazuan Hizamil dari Kampung Jelapang Jaya, di sini tidak mempunyai asas dan hanya mengikut mereka yang lebih berpengalaman.

Namun kini, berbekalkan pengalaman ditimba sejak 2016, datang keberanian untuk pemuda itu bergerak sendiri dan mendapat kepercayaan masyarakat sekitar Taiping yang menggunakan khidmatnya menguruskan jen4zah waris mereka.

“Memang ada yang nasihatkan saya cari kerja tetap daripada melakukan pekerjaan sekarang.

kasturi

MOHAMMAD Hazuan Hizamil memimpin bacaan talkin. FOTO Ihsan Pembaca

“Namun, di kampung sudah ramai yang berusia jadi itu yang mendorong saya untuk ceburi bidang ini

“Lagipun, ayah (Mohd Sukur Mohd Assan, 67) pembuat ker4nda dan suka lakukan aktiviti kemasyarakatan menyebabkan saya terikut-ikut,” kata bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) itu ketika dihubungi Harian Metro.

Mohammad Hazuan Hizamil berkata, khidmatnya diperlukan untuk memandikan, mengk4fankan dan menjadi imam untuk bacaan talkin di tanah perku’buran.

Katanya, sepanjang enam tahun terbabit dalam pengurusan jen4zah, pelbagai pengalaman ditimba dengan ada di antaranya memberi iktibar buatnya yang masih bernyawa.

“Bukan semua jen4zah yang kita uruskan dalam keadaan sempurna sifatnya kerana ada yang sebaliknya disebabkan terbabit dalam kemalangan dan sebagainya.

“Sebagai individu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jen4zah, kita galas tugas sebagai satu amanah.

“Pada awal pembabitan dulu saya pernah melalui pengalaman mist3ri apabila ternampak jen4zah yang sudah diuruskan di hospital terbaring di ruang tamu sebaik pulang ke rumah.

“Lemah lutut juga jadinya namun saya beristighfar dan sejak itu belajar mendalami perub4tan Islam.

kasturi

MOHAMMAD Hazuan Hizamil menunjukkan cara mengkafankan jenazah kepada kanak-kanak. FOTO Mohammad Hazuan Hizamil.

“Di sebalik kisah men4kutkan itu, pengalaman lain yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menguruskan jen4zah seorang lelaki yang juga bekas tahanan penjara kerana keluar wangian kasturi selepas memandikannya dan ketika mengk4fankannya, dahinya berpeluh.

“Cemburu rasanya dengan kem4tiannya kerana yakin ada amalan baik yang dilakukannya sehingga pengakhirannya begitu,” katanya yang turut diberi kepercayaan menguruskan jenazah pesakit C0vid-l9 sejak dua tahun lalu.

Di samping sibuk dengan kerja hakikinya, Mohammad Hazuan Hizamil juga gemar berkongsi video dakwah berkaitan kem4tian dan mengadakan siaran langsung bagi berkongsi ilmu pengurusan jen4zah di TikTok.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, TikTok menjadi pilihannya kerana dia menyedari pengaruh kuat platform berkenaan khususnya dalam kalangan anak muda ketika ini.

“Buat masa ini penerimaan daripada pengikut dan pengguna di TikTok amat baik kerana realitinya, ramai orang di luar sana dahagakan ilmu pengurusan jen4zah.

“Bagaimanapun, ada juga kec4man diterima daripada segelintir individu yang menuduh saya mendedahkan 4ib si m4ti.

“Hakikatnya, saya tidak pernah lakukannya kerana fokus hanya hanya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada supaya lebih ramai anak muda berminat turut serta,” katanya yang sedang mengumpul dana bagi membeli van jen4zah dan berhasrat menubuhkan pasukan pengurusan jen4zah membabitkan anak muda.

Sumber : Hmetro

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...