Loading...
Selebriti popular, Neelofa sebak apabila berpeluang melihat helaian rambut Nabi Muhammad SAW ketika melawat pameran Sejarah Nabi & Sahabat di Festival Islam dan Halal Johor 2022 (FIJO2022).
Menerusi satu video di aplikasi TikTok, dia yang juga usahawan terkemuka dilihat beberapa kali mengesat air mata sambil memerhati pelbagai barang peninggalan sejarah di sekitarnya.
Menurut selebriti berusia 33 tahun itu, dia dapat merasai seolah-olah Nabi Muhammad SAW berada dekat dengan dirinya selepas melihat helaian rambut yang dipamerkan.
“Saat melihat helaian rambut Rasulullah SAW, Allah bagi rasa seolah Nabi SAW ada dekat… wahai Allah…
“…teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah SAW,” tulis bekas pengacara program MeleTOP itu.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji kebesaran Allah SWT selain menyifatkan Neelofa bertuah kerana dapat melihat artifak peninggalan Rasulullah SAW dan sahabat baginda.
Bertuahnya
Sebak rindu Rasulullah
FIJO 2022 berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru dari 29 September sehingga 2 Oktober ini.
Sumber: TikTok Neelofa
Loading...