(VIDEO) “Syukvr Ada Anak Dan Cucu Imamkan Solat 5 Waktu” Perjalanan Margaret Gan Selepas P3luk Islam
PERTAMA kali menyambut Ramadan sebagai seorang mualaf, pelakon veteran Margaret Gan berkata dia tidak berdepan sebarang kesukaran menunaikan rukun Islam ketiga itu.
Menurut Margaret atau nama sebenarnya Gan Ee Kek, 79, dia sudah terbiasa hidup dikelilingi masyarakat Muslim, tambahan pula anaknya iaitu Taufik Gan sudah lama memeluk Islam.
“Saya tak ada hal (puasa) sebab dah biasa hidup dengan anak yang dah berbelas tahun memeluk Islam. Saya ikut sahaja cara dia. Kalau sebelum ini mereka kata mereka puasa, jadi kita tak makanlah depan dia… kita hormatilah mereka.
“Sekarang ini sebagai seorang Muslim, kita buat ini (puasa) kerana Yang Maha Esa, jadi memang tak rasa susah. Beberapa hari ini saya berpuasa tanpa masalah… sampai masa berbuka kita makanlah kerana niat kita memang nak berpuasa. Alhamdulillah semuanya okay,” katanya ketika ditemui mStar di kediamannya pada Khamis.
Margaret Gan sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam
Untuk rekod, Margaret memeluk Islam di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36, pada 15 Februari lalu. Mengimbau detik penghijrahan terbesarnya itu, Margaret berkata dia terbuka hati memeluk Islam selepas ditanya oleh anaknya pada awal tahun lalu.
“Sejujurnya memang dah lama pasang niat, cuma belum bersedia sehinggalah tahun ini anak tanya… bila mak nak ikut saya? Saya pun jawab bolehlah. Anak tanya semula betul ke ni mak? Jangan main-main… saya kata betul, buat apa nak main-main.
Anak saya lah yang banyak ajar saya buat masa ni. Saya tak boleh baca Jawi lagi jadi anak saya tolong tuliskan rumi.
“Lepas itu dia terus cari ustaz dan tanya mengenai proses memeluk Islam ini sehinggalah saya ucapkan dua kalimah syahadah di hadapan anak.
“Proses pendaftaran pengislaman pun dah selesai dan saya sudah terima kad daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kini saya sah seorang Muslim,” ujarnya.
Margaret memeluk Islam di hadapan anak tunggalnya pada 15 Februari lalu. Dalam pada itu, pelakon filem 29 Februari ini memberitahu dia sedang dalam proses mendalami ilmu agama dan mengakui masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Saya tengah belajar lagi tentang Islam sebab masih banyak yang tak faham. Anak saya la yang banyak ajar buat masa ni… tapi dia ajar yang simple dulu.
“Saya pun tak pandai lagi nak baca jawi, jadi dia tolong tuliskan rumi. Kalau nak baca al-Fatihah penuh pun saya tak boleh lagi.
“Kalau tiba waktu solat, anak atau cucu yang jadi imam membimbing saya. Saya ikut mereka saja,” katanya yang turut terharu menerima sokong.
Sumber: mStar via https://nzdigital.com.my/