Pasangan suami-isteri ditemui m4ti akibat temb4kan, selepas bertengkar dipercayai berkaitan agihan wang hasil jualan tanah.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlana Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ini, di Kampung Machang Raja Labu, Tembeling Tengah.
Katanya, polis menerima maklumat kejadian bvnuh dan bvnuh diri,Beliau berkata, pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, Baharuddin Abdul Aziz, 73, dipercayai menembak isterinya, Maimun Nong, 67, juga pesara Pejabat Perhutanan Jerantut.
Penghuni rumah berdekatan terdengar dua das temb4kan dan wanita minta tolong kerana cedera ditembak.
Jiran membawa wanita itu ke H0spital Jerantut dan m4ngsa meninggal di Hospital Jerantut, katanya.
Suami wanita itu mempunyai lesen senj4ta api dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseks4an.
Sementara itu, penyewa inap desa milik pasangan berkenaan, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52, berkata beliau letupan dan beberapa minit kemudian terdengar satu lagi letupan.
Saya pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku,Saya melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong dan saya mengangkatnya untuk dibawa ke H0spital, katanya. Al fatihah.