> PEMUDA M4UT REMPVH KERETA BUAT U-TURN
Loading...

PEMUDA M4UT REMPVH KERETA BUAT U-TURN

Loading...


Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 39 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Labok, di sini hari ini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, pesara guru Ab Hamid Shua’aib, 73, dan Mohamad Faizuddin Shamsuddin, 27, yang menunggang motosikal parah serta meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati Ab Hamid yang memandu Proton Iswara dari arah Machang menghala ke Kota Bharu dipercayai membuat pusingan U sebaik tiba di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggang Mohamad Faizuddin datang dari arah arah sama hilang kawalan dan melanggar bahagian kanan kenderaan itu.

“Akibat perlanggaran, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber: https://wowberita.my/

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...