Hantaran terbaharu penyampai radio Suria FM, Fizi Ali menerusi InstaStory yang menyentuh tentang ‘bercinta dengan suami orang’ dan ‘perampas’ mengundang tanda tanya pengikutnya.
Menerusi dua hantaran berbeza, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin bagaimanapun tidak menyebut nama sebarang individu dalam penulisan tersebut.
Salah satu InstaStory memaparkan penyampai radio berusia 33 tahun itu seolah-olah mempersoalkan sekiranya kini ‘musim’ golongan wanita menjalin hubungan cinta dengan suami orang.
ADVERTISEMENT
“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya,” tulis Fizi semalam.
InstaStory berikutnya pula memperlihatkan dia seperti memberi bayangan mengenai seorang individu yang masih belum insaf selain bertindak sebagai ‘perampas’.
“Ingatkan dah insaf. Sambung balik tu. Haish, tahniah la si perampas, sesuai la dedua tu perampas,” kata Fizi lagi.
Sebelum ini, Fizi didakwa hampir hilang sabar sebelum meluahkan kemarahan terhadap bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram Fizi Ali