> Ditudvh Tak Move On, Netizen Minta Abby Abadi Kurangkan Jumpa Norman
Loading...

Ditudvh Tak Move On, Netizen Minta Abby Abadi Kurangkan Jumpa Norman

Loading...

 


Meskipun sudah berpisah namun pelakon Abby Abadi masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya pelakon berbadan sasa, Norman Hakim demi anak-anak mereka.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang melihat keakraban Abby dengan Norman meskipun sudah berpisah sehingga ada yang menuduh Abby belum move on.

Menerusi beberapa perkongsian di Insta Story, Abby berkongsikan soalan dan menjawab pertanyaan netizen itu berkaitan hubungannya dengan Norman yang didakwa keterlaluan.

Menjawab segala pertanyaan netizen di Insta Story, Abby berkata dia sudah lama melupakan hal lalu dan tiada apa perasaan pun apabila berhadapan dengan Norman dan Memey.

Ada netizen menuduhkan tidak move on serta meminta supaya tidak selalu berjumpa dengan Norman, Abby menafikan dakwaan tersebut. Menurut Abby, bekas suaminya selalu datang ke rumah untuk mengambil atau berjumpa dengan anak-anak sekaligu menyelar dakwaan netizen itu.

“Lain kali cakap siang pandang-pandang. Jangan main terjah je. Tak pernah pun saya nak heran nak ada selalu dengan Norman tu ye.

“Norman tu yang selalu datang rumah saya ambil anak-anak dia, jumpa anak-anak dia. Raya pun diorang datang rumah kita. Kita selalu dengan Memey je.

“Awak malu-malu sikit ye kalau nak tuduh-tuduh. Jangan main sembur je. Mati tak sempat nak minta maaf nanti. Susah kat Masyar tau,” tulisnya.

Abby pernah berkahwin dengan Norman pada 2002 namun bercerai pada tahun 2009. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dannia Hakim dan Danisha Hakim.

Sumber : ROTIKAYA

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...