Seorang penolong pengarah yang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan m4ut dipercayai dil4nggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 11.50 pagi itu, m4ngsa, Nik Mohd Hissham Mohamed Nor, 45, m4ut di lokasi selepas diseret sejauh 29 meter ke bahu jalan.
Sebak luahan isteri “Dgn berat hati ingin saya maklumkan pemergian suami tercinta, Nik Mohd Hissham bin Mohamed Nor pada pagi 14 Julai 2022. Arw4h terlibat dalam satu kejadian kem4langan (langgar lari) di hadapan SK Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan.
Tiada kata kata yg dpt menggambarkan apa yg ada di dalam hati melainkan rasa terima kasih saya kpd Allah krn meminjamkan saya seorang teman, sahabat, penasihat, pembimbing, dan suami yang sangat baik.
Arw4h memang banyak menzahirkan kebaikan kpd saya dan anak2 sepanjang hayatnya dan kehilangannya amat2 dirasakan. Oleh itu, saya percaya arwah berada dlm kalangan org yg baik2.
Terima kasih kpd semua yang berziarah dan menghantar ucapan. Sesungguhnya kita milik Allah dan kpd-Nya jua kita kembali- Azwa Salim.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, m4ngsa sedang berjalan kaki dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala menghala ke rumah sepupunya yang terletak di seberang jalan dari arah Peringat ke Melor.
Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah belakang yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun mel4nggar m4ngsa yang sedang berjalan di bahu jalan.
Akibat pelanggaran itu, m4ngsa diseret sejauh 29 meter sebelum disahkan meninggal dunia, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd.Rosdi memberitahu, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat,Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hasil saringan air kencing yang dilakukan ke atas pemandu dan penumpang kereta tersebut mendapati kedua-duanya negatif d4dah, ujarnya. Al fatihah.