> Sejak Remaja Dah Kehilangan lbu, Hasrat Ingin Menumpang Kasih lbu Mertua..Namun lain Pula Jadinya..
Loading...

Sejak Remaja Dah Kehilangan lbu, Hasrat Ingin Menumpang Kasih lbu Mertua..Namun lain Pula Jadinya..

Loading...


Namun, saat yang paling aku tidak boleh lupa, hari pertama selepas aku melahirkan. Aku berada di wad sambil memeluk bayiku. Ibu dan bapa mertuaku datang melawat. Bila nurse tanya mak mertua sesuatu, aku terkedu hampir menangis dengar jawapan mertua..

#Foto sekadar hiasan. Permulaan bicara, biar aku kenalkan diri sebagai Mawar berusia akhir 30 an dan sudah berumahtangga selama 15 tahun dengan lelaki berkerjaya profesional dan mempunyai 4 orang anak. Ketika aku remaja, aku kehilangan kasih seorang ibu akibat kemaIangan.

Hanya ada ayah dan dibantu pembantu rumah dalam hidup aku dan adik beradik lain. Selepas ibu meninggaI, ayah berkahwin lain. Tapi kami anak – anak tidak rapat dengan ibu tiri tersebut. Ibu tiri itu juga tidaklah melayan kami seperti anaknya sendiri kerana dia turut ada anak sendiri dari perkahwinan sebelumnya.

Hubungan kami seperti orang luar sahaja. Jadi, hidup remaja aku terkapai -kapai mencari erti kasih sayang seorang ibu. Aku lihat orang lain bahagia menelefon ibu sambil meluahkan rasa dan bercerita aktiviti seharian. Tapi aku.. tidak tahu pada siapa aku harus luahkan.

Aku kehilangan kasih seorang ibu ketika masih remaja. Di saat aku masih perIukan bimbingan dan pimpinan seorang ibu. Ayah pula sangat garang dan tegas. Akibatnya, hubungan kami dengan ayah juga tidak rapat seperti kami dengan arw4h ibu.

Saat aku berkahwin, aku bersyukur aku dikurniakan ibu dan bapa mertua yang masih masih kuat dan sihat. Ramai orang kata, kalau ibu kandung sudah tiada, ibu mertua ni bagai pengganti ibu sendiri. Boleh menumpang kasih sayangnya.

Apatah lagi, ibu mertua aku surirumah. Aku dapat lihat betapa akrabnya hubungan suami aku dan adik beradiknya dengan ibu mereka. Sikit – sikit panggil ibu, sikit – sikit panggil ibu. Aku bahagia melihat keharmonian mereka.

Aku cuba menjadi menantu yang baik. Aku rindukan kasih sayang seorang ibu. Namun, semua pengharapan aku pada awal perkahwinan tidaklah seindah yang diimpikan. Alhamdulillah aku bunting pelamin. Di saat aku mengandung anak pertama, aku harungi dengan tabah.

Tiada siapa aku mampu luahkan rasa dan kerisauan aku. Aku hanya mampu ‘google’ mencari info – info berkaitan penjagaan kehamilan. Itulah ‘guru aku’ setiap kali ada persoalan bermain di minda. Setiap kali aku tanyakan pada ibu mertua, pasti jawapannya ‘dah lupa’.

Tiada siapa yang sudi guide aku dan berikan nasihat yang sebenar. Tibalah saat kelahiran.. biasanya aku dengar orang kata bila anak lahir. Hilang semua kes4kitan. Aku membayangkan saat kelahiran paling s4kit. Tapi aku silap.. rupanya menahan s4kit contraction sebelum bersalin itu juga sangat s4kit.

Aku terkedu.. hampir saja air mata aku menitis mendengar perkataan ‘terp4ksa’ itu. Dari gerak tubuh ibu mertua aku juga yang hanya bersandar di dinding melihat bayi aku dari jauh. Pelbagai soalan bermain dalam fikiran aku.

Adakah aku menyusahkan mereka? Adakah mertuaku terp4ksa? Kenapa mertuaku kata terp4ksa? Teruknya aku. Aku tak punya siapa – siapa. Zaman itu, masih belum popular perkhidmatan confinement lady. Aku juga baru bekerja setahun jagung selepas tamat universiti dan tidak punya banyak simpanan.

Sehinggakan ingin bersalin di hospitaI swasta juga tidak mampu. Inikan pula untuk perkhidmatan c0nfinement lady. Jadi, aku hanya mampu berharap pada mereka, mertua aku. Apatah lagi, ini merupakan pengalaman pertama aku

. Tapi aku kuatkan hati demi nyawa kecil di depan aku. Balik dari hospitaI, aku mula proses berpantang di rumah mertua. Tapi banyak perkara aku kena buat sendiri dalam keadaan diri belum pulih kes4kitan. Dengan keadaan bilik yang tidak selesa dan katil yang sudah rosak.

Aku sememangnya tidaklah mengharap dilayan seperti puteri. Jadi, aku cuba uruskan semuanya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Aku masih segan dan tidak biasa meminta bantuan mertua. Mertua juga ada rutinnya sendiri.

Suamik au? Sibuk bekerja sahaja. Bila bayi menangis dan berjaga malam, dia akan lari tidur di ruang tamu atau tempat lain sebab bising katanya. Dia perlu tidur yang cukup sebab perlu bekerja esoknya. Hampir – hampir sahaja aku terkena post-partum depr3ssion dan aku kerap menangis bila ditinggalkan kesorangan.

Menangis dan terus menangis untuk 6 bulan pertama kelahiran anak aku. Aku menjadi terlalu sensitif dan tidak dapat berfikir waras. Aku tiada support dan bahu untuk meluahkan. Anak kedua dan seterusnya, aku lebih bersedia.

Aku berpantang sendiri. Aku menyimpan duit untuk c0nfinement lady. Alhamdulillah semuanya lebih lancar tanpa aku perlu menyusahkan sesiapa termasuk keluarga suami. Aku lebih rilex dan tenang. Kini, anak – anak sudah bersekolah.

Kisah aku dan mertua tu bukan setakat di situ. Banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku terasa. Ketika anak – anak perempuan mertua aku bersalin, aku saksikan sendiri layanan yang berbeza. Cucu – cucu itu dijaga dengan penuh hati – hati dan diberi sepenuh perhatian.

Sumber:SatKobaViral

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...