Bau Harum Muncul Selepas Imam Menghembuskan Nafas Terakhir Dalam Sujud Ketika Mengimamkan Solat Jumaat
Jamhuri, Imam Masjid Baitut Tharah menghembus nafas ketika mengimamkan solat jumaat di Samarinda,kaltim. Arwah yang sangat di hormati dan juga di segani ini turut menjadi perhatian media indonesia, kerana jasadnya menebarkan haruman semerbak wangi yang tidak pernah tercium sebelumnya.
Arwah meninggal dalam sujud rakaat pertama, setelah beberapa lama tidak bangun, akhirnya beliau digantikan dengan imam kedua. Menurut saksi arwah Jamhuri membacakan Ayat dari surah Al’Ala yang bermaksud: “Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi.Yang menciptakan dan menyempurnakan. Dan yang menentukan dan menunjukkan. Dan kami mudahkan bagimu jalan yang mudah. Sungguh beruntung orang yang membersihkan diri. Dan ia ingat nama Tuhannya lalu bersembahyang. Namun, kamu mengutamakan dunia. Padahal akhirat itu lebih baik dan kekal”.
Pardiansyah yang saat itu sedang berada tepat di belakang Jamhuri maju menggantikan sebagai imam dan solat diteruskan. Jamhuri tak jua kunjung bangun dari sujudnya hingga salam. Setelah solat selesai jemaah lain cuba membangunkan imam Jamhuri namun beliau sudah pun meninggal dunia.
Seketika itu juga Jenazah di angkat ke rumah beliau yang tidak jauh dari masjid. Ramai mengatakan arwah tidak kelihatan sakit. Bahkan sebelum solat jumaat salah seorang jemaah yang bernama Zaini masih sempat berbual dengan arwah yang merupakan orang pertama datang ke masjid itu.
Jam 11 dia sudah datang, lama kami berborak, arwah khusyuk berborak tentang anak-anak dia, tidak seperti nampak sakit, tapi semasa sujud pertama perlahan-lahan bunyi takbir “ALLAHUAKBAR” jelas terdengar di pembesar suara, katanya. Menurut warga setempat arwah yang memiliki enam cucu itu dikenali sebagai seorang yang sangat baik, beliau adalah orang tertua di kampung itu dan akan hadir di setiap waktu solat di masjid itu.
Sementara Mahmudah, anak bongsu yang menjaga Arwah Jamhuri berkata, abahnya yang lahir pada 17 Ogos 1946 itu dikenal keluarga sebagai orang yang taat dan boleh dikatakan tidak pernah ponteng solat berjemaah. Meskipun kadang-kadang kesihatannya kurang baik, abah akan tetap beribadah ke masjid,katanya.
Mahmudah Juga berkata bahawa abah mereka tidak pernah menuntut sebarang pelajaran baik buruk waktu mereka sekolah, kecuali solat lima waktu. Menjadikan anak sebagai kawan, pendapat anak didengar, bila tidak sesuai dengan ajaran Islam kami ditegur dengan tegas namun tidak kasar.
“Selalu memanjakan kami. Meskipun kami sudah berkeluarga, apapun yang kami inginkan selalu dipenuhi,” ujar Mahmudah. Kerapatan berkeluarga tersebut tidak membuat anaknya melihat tanda tanda bahawa ajal abahnya itu sudah dekat. Namun pada dua hari sebelum arwah meninggal, anaknya itu mencium bau yang wangi dan diketahui bahawa arwah tidak pernah memakai minyak wangi. Saya ada menegur dan bertanya, namun abah hanya senyum,sambungnya. Sementara Rukiyah isteri arwah kelihatan tenang dan redha atas pemergian suami tercinta.
Hanya dia satu-satunya yang tidak menitiskan air mata melihat suaminya meninggalkan dirinya terlebih dulu. Hanya sesekali matanya menatap jenazah yang tertutup kain terbaring di depannya. “Ya, kerana sudah waktunya. Dia juga sudah kembali kepada Allah, jadi kita ikhlaskan saja. Saya hanya boleh mendoakan semoga amal ibadahnya diterima. Dan kami yang ditinggalkan mendapat ketabahan,”Katanya.
Sejak tahun 1984, mereka sudah menetap di Loa Janan. Suaminya selama tinggal sudah dikenal sebagai tokoh agama di daerah tersebut. Jamhuri merupakan anak tunggal perantau asal Martapura,Banjarmasin. Sebelum menetap bersama isteri di Loa Janan, arwah belajar di Pesantren Darussalam, Martapura.
Sumber: nabilahumaira