Di pejabat yang dipenuhi buku-buku yang menghadap ke suatu ruang besar, khatib utama di masjid terbesar di Mumbai, Mohammed Ashfaq Kazi memeriksa meter desibɛl yang dipasang pada pembesar suara masjid berkenaan dengan berhati-hati sebelum dia mengumandangkan azan.
“Kelantangan (bunyi) azan di masjid kini telah dijadikan isu politik di Ind1a,” kɛluh Kazi, yang juga merupakan salah seorang ulama Islam paling berpengaruh di bandar raya metropolis di pantai barat India itu.
Sambil berbicara, dia menunjukkan pembesar suara yang dipasang pada menara Masjid Juma berwarna pasir yang terletak di kawasan perdagangan lama Mumbai itu.
Kazi dan tiga ulama kanan lain dari Maharashtra di Mumbai terletak berkata, lebih 900 masjid di barat negeri itu telah bersetuju untuk mengurangkan bunyi azan berikutan aduan seorang ahli politik H1ndu tempatan.
Terdahulu, pemimpin parti H1ndu serantau, Ray Thackeray pada April lalu, menuntut agar masjid dan tempat ibadat Islam lain di Mumbai perlu berada dalam had bunyi yang dibenarkan.
Jika tidak, beliau berkata, pengikutnya akan melaungkan upacara agama H1ndu di luar masjid sebagai protɛs.
Thackeray, yang parti pimpinannya hanya mempunyai satu kerusi dalam 288 anggota dewan undangan negeri, turut menegaskan bahawa keputusan mahkamah mengenai tahap kebisingan perlu dikuatkuasakan.
“Jika agama adalah urusan peribadi, mengapa orang Islam dibenarkan menggunakan pembesar suara sepanjang 365 hari (dalam setahun)?” soal Thackeray memberitahu pemberita di Mumbai yang merupakan hab kewangan India dan ibu kota Maharashtra.
Tindakan jah4t Thackeray di negara dengan populasi 200 juta umat Islam itu dilihat sebagai satu lagi percubaan oleh pelampau H1ndu di Ind1a untuk melɛmahkan hak orang Islam daripada bebas menjalankan ibadah, dengan persetujuan tersirat daripada nasionalis H1ndu yang memerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP).
Sementara, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pemimpin kanan BJP mula mendesak untuk menukar undang-undang perkahwinan dan pewarisan berdasarkan agama dengan kod siv1l yang seragam, dengan menyasarkan peraturan yang membenarkan lelaki Islam sebagai contohnya, mempunyai empat isteri.
BJP bagaimanapun tidak menjawab permintaan untuk mengulas mengenai isu yang dibangkitkan Thackeray. Ia menafikan menyasarkan golongan minoriti di India, dan mengatakan apa yang dimahukankan adalah perubahan progrɛsif yang memberi manfaat kepada semua warga di negara itu.
Sementara itu, kembali ke Masjid Juma, Kazi berkata , beliau mematuhi tuntutan Thackeray untuk mengurangkan risiko kegan4san antara umat Islam dan Hindu.
“Kita (umat Islam) perlu mengekalkan suasana aman dan tenang di sini (Mumbai),” ujar Kazi.
Pertɛmpuran berd4rah telah melɛtus secara spontan di seluruh India, yang berlaku secara besar-besaran kali terakhir adalah pada tahun 2020 apabila berpuluh-puluh orang kebanyakannya Muslim, terbunvh di New Delhi berikutan bantahan terhadap undang-undang kewarganegaraan yang dikatakan oleh umat Islam telah mend1skriminasi mereka.
Dalam pada pegawai kanan polis bertemu pemimpin agama Islam di Mumbai termasuk Kazi, pada awal bulan ini untuk memastikan suara azan di masjid-masjid di situ dikurangkan bunyinya kerana imbang berlaku pertɛmpuran di Maharashtra, yang didiami lebih 10 juta Muslim dan 70 juta H1ndu.
Pada Sabtu (7 Mei), pihak polis telah memfailkan kɛs jɛnayah terhadap dua lelaki Islam di Mumbai kerana menggunakan pembesar suara untuk melafazkan azan pada awal pagi dan memberi am4ran kepada pekerja parti Thackeray daripada berkumpul di sekitar masjid berkenaan.
“Dalam keadaan apa pun kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja menimbulkan ketɛgangan antara di negeri ini (Mumbai) dan perintah mahkamah mesti dihormati,” kata pegawai kanan polis Mumbai, V.N. Patil.
Dalam pada itu, seorang pegawai kanan parti pimpinan Thackeray, KirtiKumar Shinde berkata inisiatif itu tidak direka khusus untuk orang Islam tetapi bertujuan untuk mengurangkan ‘pencɛmaran bunyi’ yang dicipta oleh semua tempat ibadat.
“Parti kami tidak memuaskan hati masyarakat minoriti,” kata Shinde, sambil menambah bahawa polis telah mengeluarkan amaran kepada 20,000 ahli parti berkenaan sepanang bulan April ini.
Isu azan kini menjangkaui Maharashtra. Ahli politik BJP di sekurang-kurangnya tiga negeri di India telah meminta polis tempatan mengalih keluar atau mengehadkan penggunaan pembesar suara di tempat ibadat umat Islam dan Hindu di situ.
Timbalan ketua menteri negeri paling ramai penduduk di negara itu, Uttar Pradesh, dilaporkan berkata lebih 60,000 pembesar suara yang tidak dibenarkan telah dialihkan dari masjid dan kuil.
Isu persɛngketaan antara penganut H1ndu dan Islam di India sudah sekian lama berlarutan dan antara yang paling tr4gik adalah berlaku pada 6 Disember 1992 apabila sekumpulan militan H1ndu bertindak jah4t menyɛrbu Masjid Babri di Ayodhya dan merob0hkannya dengan tukul besi dan tangan mereka.
Susulan kejadian itu, kira-kira 1,200 orang terbunvh, menurut angka rasmi, dalam rusvhan antara penganut H1ndu dan Islam dalam beberapa hari berikutan kemusn4han masjid itu.
Sumber Harakah Daily.