> AKU R̷EBUT HP SUAMI, G̷AGAL. AKU DAH AG̷AK ADA SOR̷OK SESU̷ATU. RUP̷ANYA SUAMI D̷AH NIK̷AH KOBOI. DENG̷AN J̷ANDA AN̷AK 3
Loading...

AKU R̷EBUT HP SUAMI, G̷AGAL. AKU DAH AG̷AK ADA SOR̷OK SESU̷ATU. RUP̷ANYA SUAMI D̷AH NIK̷AH KOBOI. DENG̷AN J̷ANDA AN̷AK 3

Loading...


Saya terpanggil selepas baca luahan isteri bekerjaya, yang jaga keterampilan, tetapi dicurangi suami.

Sebab saya juga mengalami nasib yang sama.

Lagi malang, dapat tahu selepas sebulan lebih mereka menikah dan 4 hari sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15. Ya Allah betapa sakit dan hancurnya hati ini.

15 tahun, kami hidup atas dasar saling mempercayai. Dan saya tak pernah berperangsangka buruk pada suami. Saya tak pernah nak ambik tahu password handphone. (Kesilapan terbesar sebab terlalu mempercayai).

Sehinggala suatu hari, selepas solat magrib, terlintas nak tengok phone suami semasa cas. Dan ternampak miss video call stated nama perempuan. Bila ditanya, jawapan. “Kawan”.

Dari situla hati mula syak dan berwaspada hinggalah 2 minggu kemudian, benda sama jadi lagi. Bila banyak dalih, saya minta nak hubungi nombor tu. Dan mula la sesi berebut telefon.

Dan saya tak berjaya merampas handphone suami. Dari sinila, saya boleh tahu, bukan setakat kawan…

Saya mula melakukan siasatan. Berjam jam saya try check melalui social media suami. Dan finally saya jumpa gambar nikah dia dekat facebook friend list dia. Janda anak 3!

Hati saya remuk… puas fikir mana silap saya. Saya juga ibu pada 3 orang anak.

Esoknya, saya cuba kawal diri dan buat buat tak tahu yang dia dah nikah lain, saya bersemuka dan slow talk dengan suami.

Ayat pertama saya, Saya tanya suami, apa salah saya, apa kekurangan saya… dia jawap, “awak sempurna dan tiada silap apa”.

Dan masa nila saya bagitahu, yang saya dah tahu dia nikah lain. Saya tanya siapa dan kenapa buat saya macam ni. Janda itu kawan lama suami 20 tahun lepas. Baru jumpa di facebook.

Banyak diceritakan kisah sedih si janda ini, yang menyebabkan suami kasihan dan dengan niat nak membantu, dia sanggup jadi suami.

Nikah koboi, tanpa persetujuan saya. Berwalikan adik si janda tu dan bersaksikan 2 orang sahabat suami. (kadi pun, si adik janda)

Remuk hati saya. Dan saya minta suami, pergila pada si janda. Bantula si janda tu. Dan mula hidup baru kalian. Tinggalkan dan ceraikan saja saya. Saya masih mampu menjaga anak anak saya.

Saya bukan isteri yang baik. Yang boleh terima madu. Saya tak boleh nak redha atas segala apa yang saya dah korbankan pada keluarga. Sebab selama ini, saya banyak membantu suami dalam serba serbi.

Hati saya sehancur hancurnya. Saya tak boleh terima kecurangan ini. Sebab saya dah serah sepenuh jiwa raga saya pada keluarga. Saya korbankan kehendak saya semata mata untuk keluarga, dan akhirnya ini yang saya dapat.

Dipendekkan cerita, 4 bulan kemudian, suami akhirnya ceraikan si janda itu bersaksikan saya. Bukan sebab saya yang suruh, tapi dia yang buat keputusan.

Banyak pengajaran dari kisah saya ini. Saya rumuskan disini

1- Jangan 100% terlalu percaya suami.

2- Password handphone wajib tahu.

3- Hati hati. Kat luar sana, banyak perempuan yang desprate nak suami kita. Sanggup terima suami walaupun suami tak mampu dari segi nafkah.

4- Jangan bagi peluang dan ruang pada suami, untuk dia senang berlaku curang. Cont0h : Ikat dia balik rumah, selepas balik solat kat masjid, jangan bagi lepak lepak dengan kekawan.

5- Untuk perempuan yang desprate nak bersuami-kaji dan fikir dulu sebelum anda nak ambik hak orang. Jangan main tangkap muat. Dan akhirnya anda juga yang rugi.

6- Untuk suami suami, hargailah pengorbanan isteri yang banyak membantu anda. Jangan hancurkan hati isteri. Sekali hancur, dah ibarat gelas yang dah pecah. Cantum mungkin boleh, tapi dah tak sama macam asal.

Reaksi Warganet

Akaun Aktif –
Saya janda Dan saya akui hakikat ni. Tapi bukan saya perampas cuma nya bila Lelaki dekat luar ni (laki orang esp) dia tau kita janda biasanya memang dieorg suka menggatal..moga kita kuat Dan teguh pendirian dalam menjalani kehidupan Tanpa menyakiti hati wanita yang lain hendaknya..

Dilla Azman –
Sebab tula..ramai isteri jadi berkira nak bantu suami, dalam post tt ni tulis

3- Hati hati. Kat luar sana, banyak perempuan yang desprate nak suami kita. Sanggup terima suami walaupun suami tak mampu dari segi nafkah.

Rasanya elokla lepasni tt biarkan suami galas tanggungjawab dia 100%. Supaya bila dia kesian, dia terus tahu duit dia pun tiada, dia terus sedar diri.

Nadia Nordin –
Nice sharing , TT saya setuju 100% . Kalau kita terlalu berkorban akhirnya kita tekorban. Mungkin ramai isteri tak pentingkan diri, segalanya untuk keluarga dan suami.

kebanyakan akhirnya kena game dengan suami balik dan suami tak hargai, tidak bersyukur. Moral of the story , ada masa kita kena pentingkan diri supaya boleh buang orang tak berguna dalam hidup dan tak terlalu bergantung kepada sesiapa.

Pengalaman mengajar kita untuk lebih berhati hati. Yang tak pernah kena jangan condemm TT.

Ok TT suami awak tu tak sedar diri, stop bantu kewangan maknusia macam tu.. Tak yah gaduh gaduh focus diri kita sahaja lebih baik.

Siti Rosmiza –
Lagi satu point nak tambah, benda yang isteri lupa sangat sangat dan tak amik tahu. Korang kena tahu laki kamu ni berkawan dengan sapa.. Tau berkawan? Tu hah kawan isap rkok tu sapa, kawan suka melepak tu siapa. Bff siapa..

Kamu tahu kenapa? Tu bukti depan mata.. Nak jadi saksi, nak tolong jadi driver teman sampai ke siam tu semua kawan dia jugak.. tolong sokong, tolong cucuk, kadang kadang tolong kenal kan betina.. Ni semua member punya keje.

Aku tau la.. Pernah kerja kiri kanan jantan, jantan punya sembang kalau lepak, cucuk member kahwin lagi satu, lagi lagi yang dah berbini dua.. Dia ajak la suami kau pasang lagi satu.. Supaya sama sama nanti pening kepala.

Hahaha ingat tu.. Kenal kawan suami masing masing. Ni semua kawan haprak tak hormat rumah tangga orang, rumah tangga masing masing dah rosak bwrcelaru. Nak ada member kusut skali. Hasut la.. Apa susah..

Shira Die –
Sebelum mampu nak tolong orang lain . Tunjuk la mampu untuk tolong isteri sndiri . Kadang kadang Isteri jadi berkira kira macam ni laa . Dari ikhlas dan redha nak bantu suami jadi tersekat sekat.

Kalau dah sibuk nak bantu orang lain. Tapi isteri sendiri nyawa nyawa ikan. Tak adil la begitu.

Para isteri. Stop la bantu suami. Anak pun biar dia yang tanggung bagi sedar, yang langit tu memang tinggi .

Yang sunat sibuk nak buat. Yang wajib dipandang enteng .

Kera dihutan disusukan. Anak dirumah mati kelaparan .

Ada mata lihat. Ada hati rasa. Ada akal fikir .

Sumber – Nora (Bukan nama sebenar) via IIUMC | ARtikel dipetik dari: edisimedia

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...