Pelakon veteran, Idris Bakar, 74, men1nggal dunia akibat kegagalan j4ntung di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuantan, Pahang pagi tadi.
Idris men1nggal dunia pada pukul 8.14 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) h0spital berkenaan.
Menurut anak ketiganya, Hanafizah Idris, 49, arw4h bapanya itu telah mengikutnya pulang ke Kuantan, Pahang pada 14 Februari.

Saya membawa arw4h bapa pulang ke Kuantan, Pahang untuk menjaga dia. Bagaimanapun, pada 16 Februari lalu, arwah bapa terkena serangan j4ntung pada waktu petang dan dia dimasukkan ke zon kuning dan kemudian ke wad biasa.
Selepas itu, dia dimasukkan ke CCU namun masih boleh berbual bersama kami melalui panggilan telefon. Namun pihak hospital memaklumkan bapa men1nggal dun1a pada pukul 8.14 pagi tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said di sini hari ini.

Jen4zah Idris sebelum itu disolatkan di Masjid al-Muhajirin Indera Mahkota 5, Kuantan lebih kurang pukul 12 tengah hari dan dibawa pulang untuk dikebumikan sebelum solat Asar.
Idris merupakan pelakon kacukan Melayu-Belanda dan dilahirkan di Kuala Pilah namun menetap di Kampung Jiboi, Ampangan dekat sini.

Menurut Hanafizah, arw4h bapanya itu juga merupakan seorang pesara H0spital, sudah lapan tahun meninggalkan dunia lakonan dan selepas itu hanya berehat di rumah.
Kali terakhir arw4h bapa berlakon adalah pada lapan tahun lepas dan lakonan terakhirnya adalah dalam sebuah drama bertajuk Tok Ompek Simpang Ompek.
Arw4h bapa sering memohon maaf kepada sesiapa yang ditemuinya dan selalu meminta supaya mendoakan kesihatannya,” katanya.Al fatihah.
