> Hilang kerja sebab pelanggan, Caprice bantu ‘rider’ bangunkan ‘business’ baru
Loading...

Hilang kerja sebab pelanggan, Caprice bantu ‘rider’ bangunkan ‘business’ baru

Loading...


Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan penghantar makanan yang dimaki oleh pelanggannya kerana terlambat menghantar pesanan disebabkan alamat yang dipin oleh pelanggan berbeza dari lokasi sebenar.

Punca dari pelanggan biadap

Walaupun hal tersebut bukanlah salah rider sepenuhnya, namun pelanggan yang kurang beradab itu telah mengugut mahu membuat aduan kepada syarikat penghantar makanan berkenaan sehinggalah rider terbabit ditamatkan perkhidmatannya.

Perkongsian dari rider tersebut di akuan Tiktok miliknya @minyakhitamjalanan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengecam tindakan pelanggan yang juga merupakan penjawat awam.

Dah hilang pekerjaan

Buat kejutan beri handle perniagaan

Susulan daripada kisahnya yang tular, rider yang dikenali sebagai Mohd Yusof, 27, telah mendapat perhatian selebriti yang juga aktivis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Dalam perkongsian terbaru Caprice, dia telah bertemu dengan rider terbabit dan menawarkan satu perniagaan khidmat penghantaran yang akan mereka bangunkan bersama.

Bagus bangunkan business untuk jangka masa panjang

Menerusi video tersebut, Caprice telah membuat kejutan dengan bertemu dengan rider terbabit dengan memberikan business khidmat membaiki motosikal.

Sudah tentu perkara tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet memuji tindakan selebriti itu dalam membantu orang lain dengan cara yang bijak.

Semoga lagi ramai insan dibantu supaya terus bangkit

Sokong apa yang dibuat Caprice

Cara paling baik selesaikan masalah

 

 

Dalam perkongsian TikTok rider terbabit, dia telah memuat naik video duduk semeja dengan Caprice dan menzahirkan rasa syukur diatas rezeki yang tidak disangka-sangka ini.

Terdahulu, video Mohd Yusof yang dimarahi oleh seorang pelanggan telah mendapat pelbagai respon dari warganet.

Ramai yang mengecam tindakan pelanggan terbabit kerana dengan angkuhnya mengugut hendak melaporkan rider tersebut ke syarikat penghantaran tempatnya bekerja.

Disebabkan itu, pelanggan yang merupakan penjawat awam itu telah dikenakan tindakan tatatertib dan rider tersebut pula kehilangan pekerjaannya.

Sumber: TikTok minyakhitamjalanan, Instagram Caprice

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...