” Saya ambil keputusan pulang semula ke kampung halaman pada tahun 2002…” Itu luahkan penyanyi Yazid Alias, 56 tahun, yang berkongsi cerita kehidupan terkininya terpaksa berdikari untuk menyara keluarga setelah nekad pulang ke kampung halaman dan meningg4lkan kerjaya sebagai penghibur di Kuala Lumpur.
Terkenal sekitar era 90-an, kisah Yazid juga pernah tular gara-gara dia terpaksa mengambil upah mengangkµt sampah di kawasan kejiranannya demi kelangsungan hidup untuk menyara keluarga.
Umum mengenali Yazid yang popular dengan lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Kerana Menyintaimu nyanyian kumpulan Sejati yang pernah menjadi siulan anak muda.
Meskipun perjalanan seni kumpulan yang berasal dari Slim River, Perak ini tidak segah berbanding penghibur yang lahir sezaman dengannya ketika itu, namun berjaya meninggalkan karya untuk diingati peminat sudah memadai.
” Waktu itu saya bermain muzik di sebuah pµb di ibu kota. Jadi memang setiap hari saya akan pulang ke rumah lewat malam dan adakalanya sehingga pagi.
” Saya fikir semula sampai bila nak hidup dalam keadaan macam ini. Lagi pun isteri baru sahaja melahirkan anak pertama.
” Saya fikir kalau tinggal di kampung pun masih boleh teruskan karier nyanyian dan terbukti apa yang saya rancangkan itu berjalan dengan baik.
” Kehidupan cukup teratur. Walaupun waktu itu masih tiada pekerjaan tetap namun tawaran menyanyi masih ada.
” Boleh dikatakan setiap minggu saya terima jemputan menyanyi di merata tempat,” ujarnya membuka bicara.
Meletakkan nyanyian sebagai fokus utama, langkahnya tidak pernah tersasar. Pengalaman lampau dijadikan rujukan buat individu di luar sana menilai bakatnya.
Sekali lagi dia menyambut rezeki yang hadir apabila diberi peluang menjadi jurucakap bagi sebuah institusi pinjaman perumahan dalam menjayakan siri program bertemu pelanggan.
Tidak bernoktah di situ, bakatnya terus mendapat perhatian apabila selepas itu dia dis4mbar pihak kementerian dan melantiknya menguruskan beberapa acara yang dijayakan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesihatan dan seterusnya Menteri Pengangkutan.
” Waktu itu banyak program kementerian saya jayakan bersama Ropie daripada kumpulan Cecµpak.
” Namun biasalah kerja macam ni bukanlah tetap. Bila ada event tu barulah ada job. Jadi setiap bayaran yang dapat tu kena belanjakan secara berhemah.
” Namun kehidupan mula terkesan selepas w4bak C0V1D-19 melanda negara.
” Bermula dari situlah pendapatan saya mula terjej4s, apatah lagi ketika itu sebarang penganjuran majlis sudah tidak dibenarkan,” katanya.
KELUAR JAM 9 PAGI.
Akui bµntu memikirkan hari mendatang, apatah lagi ada mulut yang perlu disuap dan perut yang perlu diisi, dia akhirnya mengambil keputusan untuk beralih kerjaya dengan menjadi pengangkµt sampah di kawasan perumahannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun, Slim River.
Bµang rasa malµ, baginya mencari rezeki halal sudah cukup bermakna dari meminta-minta.
Berbekalkan motosikal kepunyaannya yang diubahsuai menjadi roda tiga, seawal 9 pagi dia sudah keluar mencari nafkah.
Bebannya sedikit ringan apabila anak bongsu lelakinya yang berusia 12 tahun turut membantu ketika cuti persekolahan.
” Saya tidak pernah rasa malu untuk lakukan kerja ini walaupun satu ketika dahulu pernah popular dan dikenali ramai. Alhamdullillah, jiran-jiran dan penduduk setempat juga sentiasa memberi sokongan.
” Walaupun ramai beranggapan kerja ini bergelµmang dengan baµ sampah yang busµk, namun saya tidak pernah merµngut. Sekurang-kurangnya dapat sara kehidupan keluarga.
” Saya juga tidak pernah berasa malµ kerana ini kerja yang halal dan mampu memberi rezeki buat kami sekeluarga,” katanya.
Menurutnya lagi selesai memµngut sampah dari kawasan persekitaran, dia akan memµnggah sampah-sampah tersebut ke dalam tong sampah besar yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan Taman Tasik Yang Dipertua (YDP) Slim River.
Menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan artis yang datang bertanya khabar selepas tersiar kisah kehidupannya baru-baru ini, dia menganggap jalinan ukhwah antara mereka sebagai anak seni tidak pernah terp4dam walaupun sudah lama hilang dari radar industri hiburan tanah air.
Setiap yang bergelar manusia pastinya pernah melalui pahit getir, ujian dan dµgaan. Kepayahan mengharungi cabaran hidup serta kesedihan adalah aturan yang ditentukan oleh Maha Esa.
Situasi tersebut adalah ujian yang diturunkan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya untuk menduga kekuatan iman dalam diri. Sama ada besar atau kecil ujian itu terserah kepadaNya.
Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada bapa kepada empat orang anak ini. Setelah diuji dengan kehilangan kerjaya sebagai penghibur, kini timbul pula msaIah kesihatan yang menimpa dirinya.
Katanya peny4kit kenc1ng manis yang dihadapi ketika ini sedikit sebanyak mengganggu rutin hariannya, terutama dalam soal mencari rezeki.
” Menurut doktor bacaan gula dalam d4rah saya agak tinggi sekarang ini. Pernah sehingga mencecah 29 dan 30 mmo/L melepasi paras normal.
” Buat masa sekarang saya terpaksa jaga kesihatan dengan menjalani rawatan doktor di samping mengamalkan ubat-ubat tradisional dan herba.
” Peny4k1t kenc1ng manis ni sedikit sebanyak mengganggu rutin harian. Kesannya badan cepat letih, tenaga berkurangan dan tekak sentiasa berasa haus.
” Adakalanya saya tidak mampu mengawal tekanan dan emosi. Pantang ada yang tak kena mulalah timbul perasaan m4rah.
” Jadi kalau rasa macam tu datang saya akan cepat-cepat keluar bawa diri sebentar. Biasanya saya ke masjid untuk tenangkan diri.
SOKONG YAZID DENGAN MEMBELI PR0DUK BELIAU.
Tambahnya lagi dia perlu melakukan kerja untuk mengembalikan semula tenaga dalam dirinya. Setiap pelµh yang keluar ibarat memberi suntikan semangat baru buatnya. Tidak mahu mengalah walau dalam keadaan sµlit, dia cekal walau terpaksa bergelut meneruskan kehidupan.
” Rezeki Allah itu luas, jadi sedaya upaya saya akan terus berusaha untuk menyara keluarga.
” Kini selain daripada lakukan kerja harian, saya juga ada buat bisnes kecil-kecilan sebagai stokis menjual produk pengilat kenderaan jenama FR0FIX di Slim River.
” Kepada sesiapa yang ingin mencuba produk ini bolehlah hubungi saya di talian 017-5091582.
” Saya bukan bermaksud ingin meraih simpati atas kesusahan yang dihadapi, namun jika ingin membantu inilah jalan terbaik menyokong perniagaan saya.
” Prinsip saya bukan ingin meminta-minta. Selagi ada kudrat dan nyawa, insya-Allah saya akan terus berdikari.” katanya mengakhiri perbualan.
Sumber Utusan.