> Pilu pemergian dua beranak , ” Ibu pembuluh da rah pecah lepas bersalin & bby kegagalan oksigen
Loading...

Pilu pemergian dua beranak , ” Ibu pembuluh da rah pecah lepas bersalin & bby kegagalan oksigen

Loading...


Berat ujian ditanggung Dzul Hisham Mhd Razali apabila isteri tercinta, Nur Atiqah Mustafa dan anak keduanya, Nur Ulya Hanania dijemput Ilahi hari yang sama iaitu pada 12 Julai lalu.

Nur Ulya Hanania yang dijangka dilahirkan pada 7 Oktober depan men1nggal dunia jam 8.30 pagi kerana kegagalan mendapat oksigen manakala Nur Atiqah, 29, akibat pembvluh darah 0tak pecah pada 11.20 malam.

Jen4zah kedua-duanya selamat disemadikan di Tanah Perkubur4n Islam Kuala Krai Kelantan,Kini, Dzul Hisham, 30, hanya ada anak sulung, Muhammad Umar Dayyan (dua tahun tiga bulan) yang akan menemaninya mengharungi hari mendatang selain keluarga.

Berkongsi kisah itu, Dzul Hisham berkata, isterinya hamil lapan bulan dan tiada masalah kesihatan atau simptom penyakit sepanjang tempoh kehamilan.

Bagaimanapun, Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas ambil wuduk untuk solat pada hari kejadian sebelum diser4ng sawan tidak lama selepas itu.

Isteri kemudian tidak sedarkan diri malah nadinya berhenti, jadi saya terus dapatkan bantuan untuk membawanya ke hospital.

Kami tiba di hospital jam 8.10 pagi dan isteri terus dibawa menjalani pembed4han untuk mengeluarkan bayi dalam perut namun anak kami tidak dapat diselamatkan.

Manakala isteri diberi ubat j4ntung untuk bertahan namun akhirnya men1nggal dunia menjelang tengah malam hari yang sama, katanya ketika dihubungi HMetro.

Menurutnya, dia tidak menyangka isterinya akan pergi meninggalkannya ketika mereka teruja menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.

Meskipun begitu, Dzul Hisham reda dengan ketentuan Ilahi dan cuba kuatkan diri kerana masih ada tanggungjawab untuk menyara anak sulungnya.

Memang susah (untuk terima) pada awalnya namun reda kerana melihat pemergiannya begitu cantik iaitu ketika masih ada emak dan ayah serta seluruh keluarga yang mendoakan.

Saya ada di sisinya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sempat beritahunya yang saya sudah maafkan dia dan terima ketentuan seandainya sudah sampai masanya untuk pergi.

Matanya tertutup namun saya nampak air mata mengalir dan tak lama selepas itu, isteri menghembuskan nafas terakhir. Itu juga detik terakhir kami bersama dan anak sulung juga ada kerana dibenarkan masuk.

Moga Allah tempatkan isteri dalam kalangan yang beriman dan saya berdoa pemergian anak jadi asbab dia tarik saya ke syurga, katanya yang mencari rezeki dengan menjual cermin mata di premisnya dekat Bukit Payong, di sini.

Dzul Hisham berkata, dia dan Allahyarhamah Nur Atiqah yang disatukan sebagai suami isteri pada 27 April 2019 ada mengumpul wang kerana merancang mengerjakan umrah bersama di Makkah pada 2024.

Kami juga rancang mahu enam orang cahaya mata namun hasrat itu tidak kesampaian apabila isteri pergi dulu kerana Allah lebih menyayanginya.

Buat masa ini, saya tinggal berdua dengan anak sulung dan Alhamdulillah, tiada masalah untuk buat kerja rumah kerana sudah biasa.

Anak pula masih kecil dan belum faham mengenai kem4tian dan hakikat yang ibunya sudah pergi buat selamanya, katanya.Al fatihah.Credit HMetro, Dzul Hisham.

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...