Transgend3r sensasi, Nur Sajat mengakui adalah menjadi satu kepantangan buatnya kalau terdengar kes pender4an kanak-kanak.
Malah secara berseloroh, pemilik nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu yang kini menetap di Australia berkata, dia sanggup pulang ke Malaysia sekiranya ada pihak menyuruhnya ‘membel4sah’ pender4 terb4bit.
“Aku kalau ada yang cakap, ‘kau settle kan perempuan tu’, sekarang juga aku balik ke Malaysia!” ujarnya.
Sajat berkata demikian bagi merujuk kes seorang kanak-kanak berusia empat tahun iaitu Alia yang dider4 oleh svspek dikenali sebagai Myra Khan atau digelar wanita berambut pink dalam satu video tular baru-baru ini.
Alia adalah anak angkat kepada Myra setelah diserahkan ibu kandungnya, warganegara Indonesia yang kelahirannya tidak pernah didaftarkan serta tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Dalam pada itu, Sajat berkata, pelaku itu sepatutnya mencari lawan yang setanding sekiranya betul-betul ingin menunjukkan kehebatan diri.
Secara sinis, Sajat turut mengajak wanita berambut pink berkenaan untuk beradu tenaga dengannya.
“Budak itu bukan lawan kau! Meh bergasak dengan aku, baru kau ada akal. Ngok ngek punya perempuan rambut pink.
“Macam tak ada otak! Betul tak uols?” tanya usahawan selebriti itu kepada pengikut di media sosial meminta pendapat.
Sekadar info, Sajat juga mempunyai dua orang anak angkat yang kini berada di bawah jagaan kedua-dua orang tuanya yang menetap di Kelantan.
Sumber: Trending sgt via AppleHijau