> BUNTU DGN SIKAP SUAMI YG MAKIN MNJADI LEPAS KAWIN BINI BARU. ANAK2 NAGIS KELAPARAN MCM TU JE REAKSI SUAMI
Loading...

BUNTU DGN SIKAP SUAMI YG MAKIN MNJADI LEPAS KAWIN BINI BARU. ANAK2 NAGIS KELAPARAN MCM TU JE REAKSI SUAMI

Loading...


Sebelum kahwin suami belikan keperluan dapur dan anak–anak tapi lepas dia kahwin baru, dia hanya bagi saya RM50 untuk keperluan dapur.

Saya bagi video anak–anak menangis sebab nak beli air sedap. Anak sem4kin hari sem4kin kurus tak cukup makan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya mohon jangan kecam saya. Sekadar ingin meluahkan rasa bukan berniat untuk membuka aib sesiapa.

Saya dah tak tau kat mana saya nak luahkan rasa sedih dan masalah ataupun mohon pandangan serta pendapat insan lain memandangkan saya tak ada ahli keluarga lain ataupun sahabat.

Saya dah berkahwin hampir 13 tahun. Rasa bahagia hanya menyapa pada 2 tahun pertama tempoh perkahwinan saya.

Selepas melahirkan anak yang pertama, saya ditimpa dengan pelbagai ujian dan d3rita yang dicipta oleh suami saya sendiri.

Sepanjang itu saya tak pernah rasa dikasihi, dicintai dan dihorm4ti sebagai seorang isteri.

Suami saya jenis yang tak pernah menghargai saya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

Malah dengan anak–anak pun dia memang jarang bermesra macam hubungan seorang bapa dan anak.

Saya sendiri tak tahu macamana saya boleh bertahan sehingga dikurniakan anak seramai 4 orang.

Saya bersyukur Allah bagi rezeki anak–anak pada saya memandangkan saya dari kecik tak pernah rasa ada keluarga yang ramai.

Hidup saya hanya dengan arw4h ibu bapa saya sahaja sehinggalah mereka meninggaIkan dunia.

Ujian demi ujian saya tempuh sepanjang 13 tahun ini tapi ujian kali ini sangat–sangat berat untuk saya.

Suami saya telah berkahwin lain pada bulan 12 tahun lepas dengan izin saya sebab saya dah tak sanggup did3ra mentaI dan em0si.

Bayangkan, selagi saya tak izinkan dan tunaikan keinginan dia, dia akan terus terus mend3ra em0si saya.

Tapi sama je kalau bagi kahwin ke tak sebab selama dia berkahwin baru sem4kin hari sem4kin dia abaikan saya dan anak–anak saya.

Pada awalnya dia tunaikan tanggungjawab dengan membayar rumah sewa dan barang–barang dapur untuk anak–anak. Namun sem4kin lama sem4kin berkurang. Sehinggalah pada awal ramadhan lalu, dia hanya bayar sewa rumah sahaja.

Dia hanya bagi saya RM50 duit untuk buat bekalan dapur. Allahu, saya tak sangka sampai hati dia.

Alasan yang suami bagi sebab dia dah tak cukup duit, perlu tanggung isteri baru dia yang sedang mengandung.

Anak–anak saya berpuasa dan berbuka puasa hanya dengan lauk telur selama seminggu pada minggu pertama puasa.

Saya ada mesej merayu pada suami dengan tunjuk video anak saya menangis minta saya belikan air sedap–sedap untuk berbuka tapi dia hanya blue tick sahaja whatsapp saya.

Saya tak sanggup tengok anak–anak saya d3rita tak cukup makan dan tak dapat rasa juadah istimewa berbuka.

Saya cuba cari jalan untuk cari kerja sambilan dengan mengemas rumah orang dan kopek ikan bilis dari rumah.

Pada malam raya saya menangis tengok anak–anak menangis sedih tak dapat sambut raya macam orang lain.

Saat orang lain sedang sibuk masak juadah raya, saya hanya termenung menangis di dapur mengenangkan hanya ada ikan bilis sahaja lauk untuk anak–anak makan di pagi raya.

Ikan bilis tu pun sedekah dari orang yang upah saya kopek bulan puasa aritu.

Hanya Allah sahaja tau macam mana perasaan saya bermula waktu tu hingga ke hari ni.

Suami saya langsung tak ada hati nak menjenguk saya dan anak–anak sepanjang ramadhan dan hingga hari ni dah masuk hari raya yang ke berapa.

Saya pula dah tak kerja kopek ikan bilis sebab kerja tu untuk bulan puasa je sebab orang yang upah saya tu guna untuk buat rempeyek.

Sekarang saya hanya berg4ntung dengan kerja kemas rumah orang untuk dapatkan duit, itupun jika diperIukan.

Nama sahaja Hari Raya, tapi sehingga hari ni sepotong kuih raya atau lemang pun anak–anak saya tak dapat nak merasa. Duit upah yang saya dapat dah saya gunakan untuk beli keperluan dapur.

Saya dah buntu, tak tahu apa yang perlu saya buat dengan masalah saya ni dan apa jalan keluar untuk saya.

Kadang–kadang saya terfikir betapa b0doh dan h1nanya diri saya men4gih ihsan seorang suami.

Saya dah tak sanggup lihat anak–anak saya tak cukup makan macam anak–anak orang lain sampai kurus semuanya.

Saya tak tahu apa yang patut saya buat untuk ubah masa depan anak–anak untuk jadi lebih baik.

Nak bererai, nak lari pun tak tahu ke mana nak pergi. Saya buntu dan rasa sangat tertekan jiwa dan em0si.

sumber: kisahjalanan

Loading...
LihatTutupKomentar
Loading...