“Tak kisahlah orang nak cakap apa,” kata Zamani Ibrahim mengulas tindakannya menjual makanan nasi udang Manila secara online.
Penyanyi kumpulan Slam ini berkata, dia tidak kisah apa pandangan orang kerana tujuan utamanya ialah memanfaatkan peluang sementara namanya masih dikenali.
“Pada saya, kita kena bangunkan perkara ini sekarang, waktu kita masih ada populariti dan pekerjaan. Kalau sampai waktu populariti sudah merudµm dan terdɛsak baru nak buat dan mulakan, mungkin akan menjadi satu tɛkanan hidup pula.
“Kalau bangunkan waktu sekarang, apabila buat perkara ini secara serius nanti orang sudah tahu dan namanya pun sudah kuat. Ia tak jadi masalah untuk pasarkannya,” katanya .
Zamani, 51 tahun, berkata, dia cuba menceburi perniagaan itu sejak beberapa bulan lalu untuk mencari pendapatan tambahan.
“Nasi udang Manila ini adalah resipi arw4h ibu mentua saya. Ia sempat diturunkan kepada isteri saya, Julie dan dia yang masak. Penghantaran di kawasan terdekat dibuat oleh saya sendiri serta atas permintaan istimewa pembeli, manakala di kawasan agak jauh menggunakan penghantar makanan.
“Alhamdulillah, sambutan untuk menu ini agak okey. Namun kalau saya sibuk dengan aktiviti seni, ia terpaksa dihentikan sekejap,” katanya.
Menurut Zamani, dia akan menyambung semula perniagaannya selepas ini secara dalam talian.
“Kami tak jual di restoran. Kami akan ambil pesanan secara terbuka dalam talian dan tengok pada sambutan. Tengoklah kalau berkembang, kami akan pergi ke arah yang lebih besar seperti buka restoran.
“Saya sebenarnya hantar sendiri tanpa caj dan peminat gembira dapat bergambar dengan saya. Setakat ini paling jauh saya buat penghantaran ialah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
LATAR BELAKANG ZAMANI SLAM.
Zamani bin Ibrahim (lahir 25 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi pop rock lelaki berpengaruh popular dari Malaysia. Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop rock terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999.
Beliau yang kemudiannya melancarkan kerjaya muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergɛlar antara penyanyi pop lelaki yang malar sɛgar di Malaysia dan Indonesia serta negara serantau dan beliau juga pernah dicalonkan antara penyanyi terbaik diasia. Kekuatan dan Kemerduan vokal beliau dapat memukau ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.
Awal tahun 2015, industri muzik Malaysia dikɛjutkan dengan berita penangkapan beliau. Beliau disahkan memiliki dan mengambil dadah dan telah dimasukkan ke pusat pemulihan setempat. Setelah beberapa bulan dirawat, beliau disahkan bɛbas dari dad4h dan mulai aktif di pentas pada tahun 2016.
KEHIDUPAN PERIBADI.
Sebelum menyertai kumpulan Slam Zamani pernah dahulu menyertai kumpulan rock 80an iaitu kumpulan Scalia atau lebih dikenali sebagai kumpulan Saga pada tahun 1989. Ketika itu beliau baru berusia 18 tahun. Jodoh beliau bersama kumpulan itu tidak kekal lama apabila pengurus syarikat rakaman mereka ketika itu kurang bersetuju dengan vokal lembut mendayu yang ada pada Zamani.
Bagi beliau suara Zamani tidak mempunyai elemen rock yang mencukupi untuk kumpulan tersebut. Ekoran dari peristiwa itu Zamani sekaligus mengambil keputusan mengµndur diri dari kumpulan tersebut untuk memberi laluan kepada vokalis baharu mereka dan menyertai kumpulan malar segar nusantara iaitu Slam. Dan kini beliau menjadi antara penyanyi lelaki yang berpengaruh di Malaysia dan nusantara.
Sewaktu proses rakaman album pertama mereka pada 1993 sedang dijalankan, Shah slam terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagu Nina ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production (kini dikenali sebagai Johan Music).
Atas cadangan Acong Sweet Child, akhirnya mereka ditemukan dengan seorang pemuda yang bernama Zamani Ibrahim yang merupakan anak jati Keramat, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, Zamani baru berusia 22 tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di tempatnya.
Keµnikan dan kemerduan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Namun begitu, beliau sendiri masih berbelah bahagi untuk menjadikan nyanyian sebagai kariernya apatah lagi untuk bergerak dalam satu kumpulan pada ketika itu. Namun akhirnya, beliau memutuskan untuk terus bersama Slam kerana merasakan dirinya sesuai dengan identiti muzik yang ingin dibawa Slam. Zamani yang dianugerahkan bakat semulajadi dan seraut wajah keanak-anakan dijangka akan membuat peminat tidak pµas memandangnya.
Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanah air. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malµ yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di atas pentas dengan Shah.
Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati Shah kerana baginya, Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai oleh sesetengah pemuzik lain. Hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah yang cukup luas dalam muzik malah berprinsip tinggi. Kriteria itu juga yang menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpµlan Slam walaupun usia Shah lebih muda daripada mereka.
Zamani berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh vokalis asal dan proses rakaman itu memakan masa hampir 60 jam.
Setelah lama membujang Zamani akhirnya telah selamat Diijab kabulkan dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019. Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertµtup di Ampang dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.
Sumber HM.