Gambar Sekadar Hiasan# Kejadian yang akan saya ceritakan kepada anda sebentar lagi berlaku pada suatu petang, beberapa tahun lalu. Tapi saya minta maaf, berlaku di hospital mana, biarlah saya rahsiakan. Yang penting, pengajaran yang boleh kita ambil darinya.
Untuk makluman pembaca, saya sebenarnya pemandu van jɛnazah untuk sebuah agensi kerajaan. Selain menjadi pemandu van jɛnazah, ada kalanya waris si m4ti akan meminta saya memandikan jɛnazah dan uruskan hingga siap. Banyak juga jɛnazah, saya uruskan dari awal sehingga dikebum1kan.
Berbalik kepada cerita tadi, petang itu saya telah didatangi seorang gadis berusia pertengahan 20an. Gadis tersebut bersuara minta saya carikan seorang pengurus jɛnazah wanita.
“Encik, ada kenal pengurus jɛnazah perempuan?” soalnya pada saya. Dia berjumpa saya setelah disarankan oleh pihak hospital.
“Ada. Nak saya panggil, ke?’ soal saya pula.
Wanita tadi mengangguk sambil memberitahu yang ibunya baru sahaja meningg4l dunia di hospital berkenaan. Apa pula punca kem4tian ibunya, tak pula saya tanya. Tanpa berlengah, saya hubungi Hajah Zaiton, pengurus jɛnazah wanita yang juga rakan saya di hospital itu.
“Encik ni bawa van jɛnazah juga, kan? Kalau macam tu, lepas jɛnazah siap, nak minta encik hantar jɛnazah balik kampung pula,” pintanya lagi dengan suara sedih. Saya setuju.
Semasa menunggu Hajah Zaiton tiba, seperti kelaziman saya pergi melawat jɛnazah yang akan diuruskan. Kelihatan anak-anak arwah sudah ramai berkumpul mengelilingi jɛnazah sambil membaca surah Yasin serta ayat-ayat suci Al-Quran.
Sebaik menghampiri jɛnazah, saya renung muka arw4h yang tidak ditutup itu. Wajahnya sungguh bersih dan tenang. Macam orang sedang tidur.
Sedang leka memerhati, tiba-tiba saya terhidu sesuatu. Bau wangi semerbak menyerbu hidung saya. Saya memerhatikan anak-anak arw4h, sambil berkata di dalam hati, mungkin bau harum itu datangnya dari minyak wangi yang mereka pakai.
Bau itu sangat harum. Saya mencari-cari punca bau tersebut dan mendapati ia datangnya dari jɛnazah wanita berkenaan.
Saya hampiri anak-anak arw4h. Tetapi ternyata saya silap dan bila saya am4ti arah bau wangi itu, rupa-rupanya ia datang dari jɛnazah tersebut.
“Wanginya. Minyak wangi apa dia pakai ni?” bisik hati saya meneka. Tapi persoalan itu saya biarkan saja dan tak bertanya pada anak arw4h yang ada di situ.
Dipendekkan cerita, tidak lama kemudian Hajah Zaiton tiba untuk menguruskan jɛnazah ibu kepada gadis tadi. Segala urusan itu saya serahkan padanya dan saya balik ke pejabat sebentar untuk selesaikan urusan yang tertangguh.
Dalam dua jam kemudian, Haja Zaiton menghubungi saya memaklumkan yang jɛnazah tadi sudah siap dikapankan. Kini tiba giliran saya untuk mengambil dan menghantar jɛnazah tersebut pulang ke kampung halamannya untuk dikebum1kan.
Tanpa berlengah saya bergegas ke hospital terbabit. “Marilah kita bawa masuk dalam van,” ajak saya pada anak-anak arw4h supaya mengangkat jɛnazah ibu mereka ke atas troli.
Semasa menghampiri jɛnazah untuk mengangkatnya, sekali lagi hidung saya terhidu wangian yang sama.
“Eh, dah mandikan pun bau wangi tadi tak hilang lagi? Ke, Hajah Zaiton ada calit minyak wangi kat kain k4pan pula?” bisik hati saya.
Bau harum itu bertambah kuat apabila saya dan anak-anak arw4h mahu mengangkat jɛnazah tersebut. Ketika itu baru saya perasan, bau wangi itu berlainan dari bau yang pernah saya cium.
Walaupun sudah dimandi dan disabun, jɛnazah itu tetap harum.
Sukar hendak saya jelaskan. Apa yang boleh saya kata, banya begitu lembut dan membuatkan kita berasa segar bila menghidunya. Rasanya seumur hidup belum pernah lagi saya hidu bau sewangi itu.
Selepas jɛnazah dibawa masuk ke dalam van dan sebelum memulakan perjalanan, saya bergegas jumpa rakan saya yang uruskan jɛnazah tadi.
“Hajah, minyak wangi apa yang hajah letak kat jɛnazah tadi? Wangi sungguh,” tanya saya ingin dapatkan kepastian.
Memang saya tahu, selepas m4yat dikapankan, kebiasaannya pengurus jɛnazah akan tulis kalimah Allah dan Muhammad di dahi jenazah menggunakan minyak wangi. Ada kalanya mereka renjiskan air mawar atau sapu minyak wangi pada kain kapan.
Tapi kali ni saya bertanya sebab bau wangi itu berlainan sangat. Terlampau wangi. Tak pernah saya hidu bau seharum itu.
“Eh, saya tak letak apa-apa,” balas Hajah Zaiton.
“Tapi bau wangi tu,” soal saya tak puas hati.
“Memang wangi pun. Dari mula nak mandi dah wangi,” jawab rakan saya itu.
Jawapannya itu membuatkan saya tertanya-tanya lagi. Akibat tak berpuas hati saya terus menyoalnya.
“Masa urus tadi, ada apa-apa yang pelik ke?” soal saya.
“Jɛnazah tu memang wangi, bukan sebab minyak atau apa-apa. Sebelum mandi dah wangi, saya dah sabun pun wangi tak hilang. Saya rasa memang itu bahagian baik untuk arwah. Masa saya uruskan tadi pun senang saja. Rasa mudah,” jawab Hajah Zaiton panjang lebar.
Mendengar penjelasan rakan saya itu membuatkan saya rasa lebih tertarik untuk mengetahui siapa arw4h sebenarnya. Saya yakin apa yang terjadi ini mesti ada kaitan dengan cara hidup, amalan atau latar belakangnya.
Ketika waris-waris lain masih sibuk menyelesaikan beberapa urusan, saya berjumpa dengan anak perempuan arw4h.
“Ada letak minyak apa-apa pada mak?” soal saya memulakan perbualan.
“Letak minyak? Tak ada” jawabnya ringkas, menafikan dia dan adik-beradik lain ada meletak haruman pada jɛnazah ibu mereka.
“Ke, mak awak ada pakai minyak wangi sebelum meningg4l?’ soal saya lanjut.
“Tak ada jugak. Tak pakai apa pun,” balas anak arw4h.
“Tapi jasad mak awak wangi, kan?” tanya saya lagi.
Mendengar soalan saya itu, anak arw4h mengangguk dan tersenyum sebelum menyambung, “mungkin sebab amalan mak masa hidup,” katanya.
Disebabkan tertarik untuk tahu, tanpa segan silu saya minta gadis tadi cerita amalan ibunya ketika hidup. Kata anak arw4h, semasa hayat ibunya orang biasa sahaja. Tapi dalam soal ibadah solat, ibunya memang ambil berat. Apa yang dia tahu ibunya tak pernah tinggal solat lima waktu.
Selain itu, satu perkara yang menarik ialah rutin atau amalan ibunya selepas solat. Tak kiralah bersembahyang di mana sekalipun, amalan ini ibunya tak akan tinggalkan.
“Lepas sembahyang, ibu pasti akan baca Al-Quran. Tak banyak pun, satu atau dua muka surat saja. Ibu akan buat perkara tu setiap hari dalam solat lima waktu. Sejak saya kecil lagi, saya perhatikan itulah yang selalu ibu buat. Ibu tak pernah lupa baca al-Quran,” cerita anak gadis arwah.
Setiap kali lepas solat Allahy4rham pasti akan membaca al-Quran. Paling tidak pun, satu halaman.
Mendengar ceritanya itu saya mengangguk. Rupa-rupanya itulah amalan ibunya ketika hidup. Walaupun nampak biasa saja amalannya, tapi lihatlah Allah SWT bagaimana memuliakan arwah. Begitulah kasihnya Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang berbuat amal kebaikan.
Sabda Rasulullah SAW:” Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan Kitab al-Quran dan Allah merendahkan kaum yang lainnya (yang tidak mahu membaca, mempelajari dan mengamalkan al-Quran).” – (Riwayat Bukhari)
Sumber Haji Ikhwanuddin Mohd Bari.