Dipenjara 15 tahun, 3 sebatan, Akibat rogol wanita hamil
Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul Hafiqhafizi Zakaria, 25, selepas menerima pengakuan bersalah, menimbangkan rayuannya dan hujah pendakwaan serta kenyataan impak mangsa (VIS) mengikut Seksyen 183A Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Januari lalu.
Penganggur dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas kesalahan merogol isteri rakannya yang sarat mengandung, Januari lalu.
Terdahulu, Nariman turut bertanya adakah tertuduh menyesal selepas mendengar keterangan impak mangsa serta menegaskan perbuatannya itu amat terkutuk.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 25 tahun tanpa kerelaannya pada 21 Januari lalu, jam 4.20 pagi di sebuah rumah di Taman Merlimau, Jasin, di sini.
Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari dalam hujahan memohon hukuman berat dikenakan kepada tertuduh mengambil kira trauma teruk dialami mangsa yang sarat mengandung anak pertama ketika dirogol dan diugut dengan pisau.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.
Katanya, berdasarkan VIS mangsa antara lain mengalami emosi tidak stabil, takut tinggal sendirian dan berhadapan suami kerana berasa diri jijik dan hina serta malu dan tertekan.
Tertuduh kemudian bertanya di mana suami mangsa sebelum memaksa mangsa membuka pakaian dan merogolnya. Dia kemudian melarikan diri mengikut pintu belakang.
Sementara itu, fakta kes menunjukkan mangsa tersedar daripada tidur di ruang tamu rumahnya jam 4.20 pagi kerana sakit pinggang sebelum diserang oleh tertuduh yang bertindak menutup mulut, mengacukan pisau dan menyuruhnya diam.
Sumber : hmetro