Lepas Kawin Ajak Isteri Tinggal Dengan Mertua, Macam2 Dia Lakukan Untuk Hiburkan Hati Saya Tapi Akhirnya Saya C3ra1kan Juga Dia
Saya berkhawin tahun lepas. Memandangkan usia sudah hampir menjangkau 30 an. Saya mula mencari seorang gadis untuk dijadikan isteri. Saya jenis tak memandang paras rupa, cukuplah dia pandai membawa diri dan menutup aurat serta setia kepada saya itu dah cukup. Foto sekadar hiasan..
Saya jugak kenal isteri saya melalui fbk, isteri saya orang jauh, saya orang semenanjung. Umur isteri saya 22 tahun beza umur dengan saya 29 tahun tapi dia tetap terima saya walaupun saya tak kacak. Alhamdulillah sepanjang berkhawin dengan isteri. Family sebelah isteri saya menerima saya seadanya.
Mula mula isteri memang buat muka kerana saya bawak dia tinggal serumh dengan mak ayah saya, memandangkan adik beradik saya dah nikah semua.
Belum pernah sekali pun isteri saya mela wan cakap saya atau tinggikan suara dengan saya, kadang tanpa buat silap dia pulak yang sering meminta maaf dari saya. Kadang saya yang selalu marah marah dia dan tinggikan suara depan mak ayah saya ma ki dia.
Kadang disebabkan masalah kat tempat kerja, saya jadi streess isteri tempat saya marah marah lepas geram. Ego saya sangat tinggi, rasa menyesal pun ade, tapi jarang saya berlembut hati dengan dirinya, dia selalu mengalah, walaupun sebenarnya dia sedih, letih tapi dia tetap snyum dengan saya. Mak ayah, adik beradik saya dan anak anak buah saya pun, dia lyn baik baik dia sayang.
Dan ada je dia lakukan untuk gembirakan hati saya. Hampir setiap malam dia urut urut seluruh bdan, kepala saya, dia tahu saya letih berkerja tanpa saya suruh dia memang akan urut badan saya. Kadang hingga saya tidur dia picit picit kaki saya, lega je saya rasa.
Isteri memang pandai mengurut badan. Memang rasa bersalah tapi kadang saya dengan tetiba je sa kitkan hatinya. Marah marah dia. Dia tetap layan saya dengan baik, saya suruh dia kemas rumah tolong mak saya, jaga anak anak buah saya semua dia buat.
Setiap kali balik kerja. Saya tengok istri macam dia bermasam muka. Saya jadi marah, kadang nak je tampo muka dia. Rupanya dia bukan masam muka dia saja saja dia pendam apa yang berbeku dihatinya.
Mak saya jenis mulut yang cakap main lepas, pembersih, cerewet, seorang yang jimat. Mak saya selalu mengadu dengan saya yang istri tak bantu pun masak tak reti. Kemas rumah pun tak brsih, basuh baju pun guna sabun banyak membazir katanya.
Satu hari tu saya pernah teng king, ma ki isteri sebab mak saya marah isteri saya guna sabun untuk basuh baju banyak sangat. Membazir hinggakn dia menitiskan air mata. Allah je tahu hati saya sebak tengok bini menangis. Malam tu jugak saya minta maaf. Isteri saya hati lembut, dia kata takpa salah dia sebab guna sabun banyak sangat.
Time mak ayah saya pergi ke rumah kakak saya. Selama 2 minggu isteri saya buat segala segalanya, kerja rumah memang perfect, bersih sampai kan blik adik saya yang serupa stor pun brsih dia kemas. Anak anak buah saya pun wangi bersih dia jaga rapi. Dan tak dinafikan masakkan pun sedap.
Saya akui saya tak pernah puji masakkan isteri saya sedap. (kee jam kan saya). Saya marah ade lah saje nak sa kitkan hati dia. Saya komen, manis la, pahit la, tak sedap dan macam macam lagi. Isteri minta maaf.
Dan diam kan aje. Apa pun saya nak makan dia akan masakkan dia sanggup tengok you tu be, buka goo gle, belajar masak asalkan apa yang saya nak makan, saya dapat. Walaupun dah larut malam. Dia, sanggup masakkan saya. Semasa mak ayah saya tak ade dirumah.
Ada satu hari tu dia masakkan saya. Saya makan sampai tambah 2 pinggan nasik. Tiba tiba dia menitiskn air mata. Saya tanya kenapa menangis? Dia kata terharu. Rasa besalah pun ada sebab jarang dapat msak untuk saya. Dia minta maaf kerana jarang masak. Bukan tak nak msak tapi dia segan nak masak. Takut tak ade yang makan. Saya marah dia, saya terma ki dia. Isteri hanya mampu menangis dan pendam saja.
Saya akui kalau isteri saya masak. Mak ayah adik beradik saya macam geli geli nak makan. Saya dah terang terang nampak salah family saya tapi saya biarkan saje. Saya tahu mak ayah saya tak berapa suka isteri kerana dia orang jauh. Dan bukan pilihan family saya. Family isteri saya pun bukan golongan yang kaya. Jugak bukan alim seperti yang mak ayah saya harap kan.
Malam tu. Isteri menangis mengadu kat saya yang adik kak, mak saya sendiri kutuk dia dari belakang. Macam macam. Isteri merayu kat saya nak duduk asing.
Kalau nak perkahwinan ini kekal. Dan saya tak percayakn semua kata kata istri malah saya marah dia. Isteri saya diam aje. Hinggakan tidur bergenang air mata.
Bo d0hnya saya. Ya allah sebenarnya saya mampu beli rumah tapi mak ayah saya tak suruh saya duduk asing. Nanti tak ade nak jaga anak anak buah, lagi pun kakak saya dan suaminya berkerja mak kata nanti siapa nak urus anak anak buah. Saya pun bo d0h ikut kata mak.
Selama 8 bulan istri tinggal serumah dengan mak saya. Saya akui saya bagi duit belanja kat mak saya sampai rm1000 rm800 rm900 Sebulan. Tapi saya langsung tak bagi istri nafkah za hir dan ba tin. Dia pernah luahkan hati dan jiwanya terse ksa melalui sms kerana nafkah za hir ba tinnya saya abaikan.
Dia pernah kata yang dia redha jika saya tak nak melayaninya. Asalkan saya bahagia. Dia tak pernah merungut malah dia redha katanya. Dia ikhlas. Kadang saya buat tak tahu sangat kata katanya. Saya pun tak tahu kenapa saya bo d0h sangat tak pernah nak menghargai isteri saya.
Malam tu mungkin kesabaran dia dah habiss. Dia mela wan saya, tengking saya. Dia menangis marah saya. Sampaikn mak ayah, pakcik dan makcik saya masuk campur dan marahi isteri saya sampai saya tolak dia tam par dia. Dia tekad keluar dari rumah mak saya.
Kini dia dah tiada. Dia dah pergi jauh dari saya. Dia tgglkn saya. Dia sekarang dah duduk dengan mak ayah dia. Akibat campur tangan belah family, hasutan family saya, kecuaian saya sendiri.
Saya juga pernah failkan ce rai tp saya can cel sebab nak dia balik sni time tu dia lembut hati trima saya, tapi saya bo d0h tak hargai peluang yang diberi. Saya ma ki dia macam macam saya kata dia macam macam. Sehingga dia tak jadi balik kat saya.
Kini dia dah failkn ce rai. Dah dekat setahun saya tak jumpa dia dan tak beri dia nafkah za hir dan ba tin. Salah saya yang cuai abaikan dia ketika dia bersama saya.
Kini saya sendiri terlalu merinduinya. Saya mencintai dirinya, dia lah isteri yang terbaik yang saya ade dulu walaupun kadang sifat dia agak keanakkn, buat saya marah, tapi dia la yang terbaik susah saya nak gantikan dia dengan perempuan lain. Allah. Saya rindu dia.
Smpaikan kami berpisah dia tetap memohon maaf dan mohon halalkan segalanya. Memang saya telah halalkan. Cuma saya tak tahu bagaimana nak pujuk dia kembali kepada saya balik.
Saya sayang dia sangat. Rindu dia sangat. Saya malu dengan mak ayah dia sebab saya tk jaga anak mereka elok elok. Saya menyesal!! Salah saya sendiri.
Kepada yang bergelar suami. Hargai isteri awak, kalau boleh jangan la bawa isteri awak tinggal sebumbung dengan mak ayah awak. Nanti jadi macam saya.
Perempuan dia akan sabar selagi boleh, jika dia dah hilang sabar. Mereka memang tekad dan tak pandang kita lagi. Jangan jadi macam saya, dah pergi baru nak menyesal. Terima kasih. Moga cerita ini dapat memberi kita pengajaran.
Kredit : kisah rakyat